ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Julai 2021.


1. Moratorium pinjaman: Ketahui bagaimana anda boleh memohon

PENULARAN COVID-19 dan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih setahun lalu sememangnya memberi tekanan kewangan kepada rakyat. Ketahui bagaimana anda boleh membuat permohonan.


2. Sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, tarikh dimuktamad 7 Julai - Takiyuddin

emaah Menteri akan memuktamadkan tarikh persidangan Parlimen pada 7 Julai ini. Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Jumaat.

3. 'Perniagaan lingkup jika tunggu enam bulan lagi untuk beroperasi' - Ameer

Kebanyakan perniagaan tidak akan mampu bertahan jika ditutup lagi dalam masa enam bulan akan datang, kata Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin.

4. PKPD: Tiga orang dalam sebuah kereta dibenar untuk tujuan vaksinasi - Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu dalam sesebuah kenderaan di lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan vaksinasi

5. Peralihan fasa PPN: Ismail Sabri akan umum nilai ambang negeri-negeri esok

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan perincian mengenai negeri-negeri yang telah mencapai nilai ambang pada Sabtu.

6. PKPD: Tiada kawat duri, Polis Selangor pertingkatkan sekatan jalan raya dengan 10,000 anggota

Polis Selangor akan melakukan sekatan jalan raya (SJR) secara besar-besaran di seluruh negeri bagi memantau penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) di negeri tersebut.

7. Gagal penuhi standard minimum, AS letakkan Malaysia Tier 3 mengenai Pemerdagangan Manusia

Amerika Syarikat (AS) telah menuruntaraf kedudukan Malaysia sebagai ‘Tier 3’, dalam Laporan Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2021.

8. Pendakwaan, pembelaan kes Zahid Hamidi kemuka lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis

Pasukan pendakwaan dan pembelaan dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi, telah menyerahkan lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 5 Ogos.

9. Ebit Lew terharu dianugerah Duta Muhibbah Palestin

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerima anugerah sebagai Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin.

10. Nor Zamani Abdol Hamid kini Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang juga isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini sah dilantik memegang jawatan tersebut, sehari selepas media melaporkan penafian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelantikan itu.