MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Julai 2021.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, arahan untuk membenarkan aktiviti itu telah dibenarkan semasa Sabah masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
COVID-19: 'Tiada koordinasi, tindakan bersepadu punca gagal keluar dari gelombang ketiga'
2. Ketiadaan tindakan bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah jadi punca negara tidak dapat keluar daripada gelombang ketiga COVID-19, kata Brig Jen Dr Mohd Arshil Moideen.
Peningkatan kes harian COVID-19 di Selangor sejak kebelakangan ini adalah hasil aktiviti pengesanan dan ujian saringan secara aktif di kawasan PKPD, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba
Kesulitan hidup Mohd Shazwan tiga beranak mendapat perhatian sebuah NGO, Nasuha yang dengan segera berusaha mencari sebuah rumah sewa bagi keluarga itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau dihubungi Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pagi tadi.
Kerajaan tidak gagal sebagaimana laporan sebuah agensi berita antarabangsa sebelum ini. Sebaliknya pentadbiran negara berjalan dengan baik.
Johor bakal menerima 1.293 juta dos vaksin bulan ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Sebanyak 9,353 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini meningkat kepada 827,191 kes.
11 lagi lokaliti di Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diumumkan ditamat.
Kadar purata vaksinasi COVID-19 harian negara dilaporkan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara tersenarai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami