MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Ogos 2021.
Istana Negara menjadi tumpuan apabila 114 Ahli Parlimen dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong mengikut sesi bermula jam 10 pagi hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Tiga maut, empat masih hilang
2. Susulan kejadian Tiga mangsa dipercayai hilang di kawasan Titi Hayun manakala seorang lagi mangsa dikhuatiri hilang di Salak Denai, iaitu kawasan sekitar Batu Hampar.
Sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan perlu segera memikirkan solusi dan polisi yang boleh membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi, kata Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff.
Menurut 65 NGO, negara memerlukan seorang individu yang memahami dan berpengalaman menguruskan krisis serta mendapat pengiktirafan Malaysia serta dunia, dan figura itu ialah Dr Mahathir.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan 114 Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu mencatat sejumlah 22,948 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara ini adalah sebanyak 1,489,460 kes.
Pendakwah bebas, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Bukit Aman tengah hari tadi bagi membantu siasatan berkait dakwaan gangguan seksual.
Pengasas Rumah Bonda yang sebelum ini dikatakan terlibat dengan kes penderaan seorang remaja sindrom Down bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Beberapa kebenaran diberikan bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang boleh dilakukan bermula esok, bagi individu yang sudah lengkap divaksin, melibatkan aktiviti dine-in, sukan dan rekreasi serta pasar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada susulan lebih banyak kelonggaran aktiviti diumumkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami