MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Ogos 2021.
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 berlangsung jam 8 pagi di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya.
Ketepi pertikaian politik, sepakat hadapi pandemik COVID-19 - Agong
2. Agong berpandangan, perlu wujudnya simbiosis erat antara semuanya dalam berjuang untuk membawa negara merdeka dari pandemik yang melanda.
Beliau menerusi catatan di Facebook rasminya berkata prihatin adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat di negara ini.
Pengarah JKN Kedah Dr Othman Warijo berkata pakar perubatan telah bertemu dengan ahli keluarga pesakit pada hari yang sama dan menjelaskan situasi sebenar kejadian.
Dalam Kenyataan Pra-Bajet (KPB) pertama negara hari ini, beliau berkata, tiga matlamat itu ialah - melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian; membina semula daya ketahanan negara; dan memangkin pembaharuan.
Sebanyak 20,897 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Selasa, meningkat berbanding 19,268 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,746,254.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi berikutan pencemaran bau kembali beroperasi selepas mencatatkan bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.
Abdullah Morad menceritakan semula detik cemas apabila dia bersama abang dan tiga individu lain yang sedang berteduh dari hujan lebat di Titi hayun, yan, tiba-tiba dihanyutkan kepala air dalam kejadian 18 Ogos lalu.
ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan buat masa ini, keputusan penganjur mengenai pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli, masih tidak berubah.
Bagaimanapun, katanya bantahan daripada Kontinjen Malaysia, Australia dan Ecuador akan dibawa ke Mesyuarat Chef de Mission (CDM) pasukan bertanding, pagi esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami