Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 September 2021.
Ia sebahagian daripada inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 murid B40 di bawah program CERDIK yang dilaksanakan Yayasan Hasanah.
2. RM314 juta dibelanjakan untuk PICK setakat 30 Ogos - Adham Baba
Perbelanjaan tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan bagi program imunisasi negara.
Liputan 4G di seluruh negara mencecah 94 peratus pada akhir Ogos 2021, berbanding 91.8 peratus pada Sept 2020, menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini.
Datuk Seri Nazir Razak menggesa langkah konsolidasi atau penyatuan institusi-institusi kewangan pembangunan negara ini dilaksanakan berikutan kewujudan terlalu banyak DFI berskala kecil yang melibatkan pertindihan mandat.
Ahli Jemaah Menteri diarah mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam diterima semula untuk menjadi ahli parti Melayu itu dengan beberapa syarat, kata Ahli MKT Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial berkenaan peruntukan RM38.5 juta untuk membaik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau memfitnah kerajaan selepas meminta penjelasan berhubung kos RM2 bilion untuk menyiapkan Buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam.
Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 Nov depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

