awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos baik pulih: 'Saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang berkhidmat sebagai PM,' jelas Muhyiddin

Kenyataan Media
Kenyataan Media
30/09/2021
08:47 MYT
Kos baik pulih: 'Saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang berkhidmat sebagai PM,' jelas Muhyiddin
Kata Muhyiddin, jika ia tidak dibaik pulih dengan segera, bangunan warisan kerajaan ini akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih pastinya akan meningkat. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:
Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial berkenaan peruntukan RM38.5 juta untuk membaik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya. Berikut merupakan penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kerja-kerja baik pulih yang diluluskan semasa pentadbiran beliau.
KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASIN MANTAN PERDANA MENTERI KE-8
"Saya ingin memberikan penjelasan berhubung kerja-kerja membaik pulih Seri Perdana yang diluluskan semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.
Ketika saya mula menjawat jawatan Perdana Menteri pada bulan Mac 2020, saya telah menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana yang merupakan bangunan rasmi JPM.
Kerosakan ini melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang. Kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan telah menyebabkan kerosakan perabot built-in, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.
Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang.
Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.
BACA: Keselamatan PM, imej negara antara faktor utama ubah suai Seri Perdana
Berdasarkan laporan yang saya terima, pihak JPM juga mengesyorkan agar perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.
Oleh kerana bangunan Seri Perdana mengalami kerosakan fizikal yang teruk selain sistem pendawaian dan mekanikal yang telah usang, sebahagian besar daripada kos membaik pulih Seri Perdana adalah melibatkan kerja-kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal.
Saiz Seri Perdana yang berkeluasan lebih 56,000 kaki persegi juga menyebabkan kos baik pulih bangunan milik kerajaan ini agak tinggi.
BACA: Berusia 22 tahun, kos baik pulih Kompleks Seri Perdana RM38.5 juta - JPM
Keputusan membaik pulih Seri Perdana dibuat untuk memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaannya yang asal.
Jika ia tidak dibaik pulih dengan segera, bangunan warisan kerajaan ini akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih pastinya akan meningkat.
Untuk memastikan proses baik pulih dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan hasil yang berkualiti, kerja-kerja baik pulih dipantau rapat oleh sebuah Pasukan Petugas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Perdana Menteri.
Saya percaya Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam urusan membaik pulih Seri Perdana mempunyai maklumat yang terperinci berhubung pelaksanaan projek ini.
Selaras dengan prinsip ketelusan dan integriti yang diamalkan oleh Kerajaan, jabatan yang berkenaan boleh tampil untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai berkenaan perkara ini.
Untuk rekod, saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang saya berkhidmat sebagai Perdana Menteri."
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN Mantan Perdana Menteri Ke-8 30 September 2021
Nasional | Kos baik pulih Kompleks Seri Perdana RM38.5 juta
Seri Perdana | Keselamatan PM, imej negara antara faktor utama
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#kos baik pulih Seri Perdana
#Seri Perdana RM38 5 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan