ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Oktober 2021.

1. Mohamaddin Ketapi tinggalkan Warisan, jadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan

Datuk Mohamaddin Ketapi membuat keputusan keluar Parti Warisan (Warisan) dan menjadi wakil rakyat Bebas.

2. Air pasang besar: Orang awam dilarang ke pantai di Kuala Langat

Orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah ini sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan.

3. Bajet 2022: Kurangkan jumlah penerima bantuan pada masa depan - Pakar ekonomi

Pemberian Bantuan Keluarga Malaysia boleh memberi impak positif kepada ekonomi dalam jangka masa terdekat melalui peningkatan kuasa beli oleh golongan B40.

4. COVID-19: 5,854 kes baharu direkodkan hari ini

Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu mencatatkan penurunan dengan 5,854 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,466,663 kes.

5. Pemuda Pas cadang kerajaan kukuhkan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban

Menurut Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin, Malaysia sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telah mengadakan rundingan peringkat tertinggi dengan kerajaan Afghanistan. 

6. Krisis Sudan: Bekalan makanan rakyat Malaysia mencukupi, proses evakuasi jika meruncing

Bekalan makanan 50 rakyat Malaysia di Sudan mencukupi untuk tempoh dua minggu dengan keadaan mereka dilaporkan baik dan selamat, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. 

7. PRN Melaka: UMNO cuba elak pertembungan, sedang adakan rundingan - Mahdzir

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa parti itu ketika ini sedang berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri membabitkan parti-parti yang kini berada di dalam blok kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

8. Undi18 dilaksana mulai Jan 2022 - PM Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Undi18 akan dilaksanakan bermula 1 Jan tahun hadapan sepertimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak sebelum ini.

9. Pemuda Pas cadang kerajaan kukuhkan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban

Pemuda Pas mencadangkan agar kerajaan mengukuhkan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban di Afghanistan.

10. PRN Melaka: UMNO usaha elak pertembungan parti dalam kerajaan - PM

UMNO akan berusaha untuk mengelak pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.