ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Oktober 2021.

1. James Jemut Masing meninggal dunia

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

2. Kenaikan had hutang 65 peratus untuk biaya defisit bajet jangka sederhana - Zafrul

Apa yang lebih utama adalah kemampuan kerajaan untuk membayar semula pinjaman tersebut.

3. Abang Johari sebak, pemergian Masing satu kehilangan besar buat Sarawak

"Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya begitu tinggi sekali,".

4. COVID-19: Kes harian menurun, 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam 

Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,471,642 kes sejak pandemik bermula. 

5. Konsert kala pandemik: Air mata Misha Omar, desah nafas penggiat seni

Sebuah venue berprestij kembali membuka pintunya dengan persembahan konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang Misha Omar pada Sabtu malam.

6. PRN Melaka: MN atau PN, Sanusi nafi Pas dalam dilema pilih rakan kerjasama

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa parti itu tidak berada di dalam dilema atau menghadapi masalah dalam memilih rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan. 

7. Pajakan P. Pinang: Bukan minta duit 'free' tetapi tuntut hak Kedah - Sanusi

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri itu meminta wang percuma daripada kerajaan Persekutuan berkaitan isu membabitkan tuntutan bayaran royalti pajakan Pulau Pinang.

8. 4.8 juta golongan bujang dapat BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan seramai 4.8 juta individu bujang merupakan antara 9.6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan dalam Bajet 2022 Jumaat lepas.

9. 6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera

Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

10. PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak

Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berkaitan penggunaan lambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.