ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 November 2021.

1. COVID-19: KJ beri amaran kemasukan ke hospital makin meningkat

Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.

2. Lantikan exco daripada ADUN PN akan diputuskan kemudian - Sulaiman

Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan turut menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bakal diputuskan kemudian.

3. PH kecewa Peguam Negara batal rayuan pembebasan Ku Nan

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

4. PM lancar Pas Keluarga Malaysia, RM15 untuk perjalanan satu hari tanpa had

Meraikan semangat Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pas Keluarga Malaysia pada Isnin untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

5. COVID-19: 4,885 kes baharu hari ini

Malaysia mencatat 4,885 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin, menjadikan  jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,591,486.

6. COVID-19: The Datai Langkawi ditutup sementara, 16 kakitangan dikesan positif

Pusat penginapan lima bintang, The Datai Langkawi menutup sementara pengoperasiannya selepas 16 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.

7. Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit

Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini hanya berlangsung kira-kira 30 minit berikutan peguam yang mewakilinya mengalami sakit gout.

8. Pemandu lori diupah RM1,500 bawa rokok seludup bernilai lebih RM3 juta

Seorang pemandu lori yang diupah RM1,500 untuk menghantar rokok tanpa cukai ke Kuala Lumpur, kecewa apabila usaha pertama kali itu gagal selepas ditahan polis.

9. KPM akan keluarkan jadual baharu SPM 2021 - Radzi Jidin

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

10. Perjuangan Malaysia menentang COVID-19 belum berakhir - Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perjuangan Malaysia menentang COVID-19 belum berakhir dan beliau menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.