KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terkejut dan kecewa berhubung keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dari dakwaan kes rasuah RM2 juta.
Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata, pihaknya akan meneliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian memorandum persefahaman di antara PH dan kerajaan, khususnya Perkara 4, berhubung kebebasan institusi kehakiman.
"Majlis Presiden PH amat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Tengku Adnan dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.
"Tindakan membatalkan rayuan ini mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara.
"Malah, ia mencemarkan kredibilitinya dan kebebasannya untuk menjalankan tugas rasminya secara profesional," kata Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Datuk Seri Madius Tangau Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Tambah Majlis Presiden PH, pembatalan rayuan itu akan mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara.
"Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan," katanya.
Menurut kenyataan itu, mereka sedar bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada menarik balik rayuan tersebut atau tidak.
"Namun, di dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehingga segala proses perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya (exhausted)," kata Majlis Presiden PH.
Katanya, Majlis Presiden akan terus meneliti tindakan-tindakan seperti itu dan mempertimbang langkah-langkah yang akan diambil sehingga kedudukan Peguam Negara dipertikai dan kewibawaannya tercalar.
"Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifikasi keputusannya, maka beliau harus meletak jawatan," tegasnya.
Pada 17 Nov lalu, The Edge melaporkan pihak pendakwaan bagi kes rasuah RM2 juta membabitkan Tengku Adnan telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan mahkamah terdahulu yang membebaskan bekas menteri itu daripada pertuduhan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.
BACA: Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta
BACA: Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
BACA: Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Astro Awani
Mon Nov 22 2021
PH berkata pembatalan rayuan ini akan mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.