ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Disember 2021.

1. Banjir di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera

Keadaan banjir di Lembah Klang ketika ini, terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah. 

2. Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, Selangor hari ini

Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor. 

3. Banjir: 100 penduduk bermalam atas bumbung surau lebih 12 jam

Kira-kira 100 penduduk di Taman Sri Nanding di sini yang terperangkap akibat banjir terpaksa berlindung lebih 12 jam atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding di sini pada Ahad. 

4. 9 sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad

Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini diselubungi suasana pilu apabila lapan van jenazah memasuki perkarangannya membawa sembilan sekeluarga yang maut dalam kemalangan Jumaat lepas berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite, dekat sini.

5. 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Sebanyak 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,718,959 kes setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

6. Bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas - Perdana Menteri

Kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan disalurkan selepas kesemua mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing.

7. MetMalaysia tamatkan amaran hujan berterusan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan untuk negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 11.30 pagi Ahad.

8. 32 selamat, 3 masih hilang kejadian banjir lumpur di Bentong

Seramai 35 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan satu kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi Chalet Bobby Eco Camp, Bentong, Pahang pada malam Sabtu.

9. TNB tutup 333 pencawang elektrik di enam negeri terjejas banjir

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara 333 bekalan pencawang elektrik di enam negeri berikutan situasi banjir yang melanda negeri-negeri itu sejak semalam.

10. Flat Sri Johor, Cheras dijilat api

Beberapa unit kediaman di Flat Sri Johor, Cheras di ibu negara dilaporkan musnah dalam kebakaran malam ini.