Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

71638376862_BTP.jpg
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Januari 2022.

1. SPRM: Azam Baki perlu direhatkan, elak jadi liabiliti - Rasuah Busters

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki perlu direhatkan seketika supaya dapat mengelak daripada menjadi liabiliti kepada siasatan, kata Rasuah Busters. 

2. Tinggal 2.3 peratus untuk capai 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Sebanyak 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi. 

3. Satu malapetaka apabila rakyat tidak lagi percaya kepada institusi - Fahmi Fadzil

Segala sistem di negara ini perlu diperbaiki dan para pemimpin perlu kembali memahami fungsi mereka supaya kepercayaan rakyat terhadap institusi dan semangat demokrasi dapat dikembalikan. 

4. Jangan risau, tidak perlu ganti buku teks rosak akibat banjir - Radzi

Pelajar yang mengalami kerosakan buku teks akibat banjir tidak perlu membayar ganti rugi atau menggantikannya dengan buku teks baharu bagi menjalani sesi persekolahan bermula minggu depan.

5. Pengguna perlu bersedia, harga siling ayam, telur dijangka meningkat - Nanta Linggi

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pengguna dan penternak yang terpaksa menanggung peningkatan kos operasi perniagaan.

6. Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin

Ibrahim, 71, bersama sepupunya, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' masing-masing diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin di kalangan ahli keluarga.

7. SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

8. Pascabanjir: Fasa pertama pembersihan di Selangor selesai 14 Januari

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fasa kedua itu akan turut membabitkan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur pascabanjir.

9. KDN akui terdapat kekhilafan pemeriksaan 17 jemaah umrah tidak divaksin - Hamzah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat kekhilafan dalam proses pemeriksaan sehingga 17 individu tanpa vaksin terlepas menunaikan umrah dan kemudian kembali ke Malaysia baru-baru ini.

10. Tun Mahathir dimasukkan ke IJN, jalani prosedur perubatan elektif

Menerusi satu kenyataan media, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Advertisement

Must Watch Video