ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Januari 2022.

1. Pasukan pembelaan gugur Najib daripada senarai saksi kes Rosmah

Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion, memutuskan untuk menggugurkan Datuk Seri Najib Razak daripada senarai saksi. 

2. Polis bongkar penjualan sijil vaksin dipercayai palsu 

Polis Terengganu berjaya membongkarkan kegiatan penjualan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu yang didalangi seorang doktor di klinik swasta. 

3. Selepas hampir 90 tahun beroperasi, SK Assumption akan ditutup 28 Februari 

Segala memori yang pernah dilakar Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption selama hampir sembilan dekad akan lenyap apabila institusi itu bakal ditutup berkuat kuasa 28 Februari ini.

4. Isu Pemilikan Saham: Sokongan SPRM boleh wujudkan 'conflict of interest'

Sokongan ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, boleh mengakibatkan satu konflik kepentingan yang membimbangkan.

5. Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi

Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

6. Pengarah urusan syarikat, jurutera direman enam hari disyaki kemuka tuntutan palsu

Seorang pengarah urusan syarikat dan seorang jurutera yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor semalam, direman enam hari bermula hari ini.

7. Sijil vaksin palsu: Polis tahan 6 lagi individu, aktif cari pelanggan

Seramai enam individu termasuk seorang juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan sijil vaksinasi dipercayai palsu didalangi seorang doktor antivaksin.

8. "Kementerian Belia dan Sukan bukan 'emak tiri', kami belanja ikut kemampuan" - Menteri

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah terlintas untuk bersikap kejam kepada atlet sehingga perlu melaksanakan pemotongan dan penyusunan semula elaun mereka.

9. Wanita dakwa 'berinteraksi dengan nabi' akan dikaunseling - Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan.

10. Bukan saya lantik Azam Baki - Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau memilih Tan Sri Azam Baki untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.