ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Januari 2022.


1. [LAPOR LANGSUNG] Banjir di Pahang pulih sepenuhnya

Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan yang menempatkan 61 orang daripada 12 keluarga menamatkan operasi pada 10 malam tadi.



2. Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb

Mahkamah Rayuan di sini semalam menetapkan 8 Feb untuk memutuskan sama ada Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.


3. Isu pemilikan saham Azam Baki: PH desak tiga individu direhatkan

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendesak tiga individu direhatkan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.


4. Saya tidak akan berundur, hanya Agong boleh tamatkan perkhidmatan saya - Azam Baki

Tan Sri Azam Baki menegaskan hari ini beliau tidak akan akur dengan desakan mana-mana pihak untuk beliau melepaskan jawatan susulan kontroversi yang melanda dirinya.


5. Kemuka tuntutan palsu, dua lagi pemilik syarikat direman

Dua lagi pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.


6. "Harimau tidak akan kacau manusia, kita yang kacau dia" - Peka

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkaitan agar lebih bersikap serius dalam menangani masalah ancaman kepada hidupan liar termasuk harimau.


7. Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam Baki 19 Januari

Satu mesyuarat khas bakal diadakan di Parlimen pada 19 Januari ini bagi membincangkan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


8. Pengembara lengkap vaksin, pernah dijangkiti COVID-19 tidak perlu kuarantin sebaik tiba di Malaysia

Pengembara yang lengkap vaksinasi tetapi pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas tidak diwajibkan menjalani kuarantin apabila tiba di Malaysia mulai 13 Januari ini.


9.  PM boleh nasihatkan Agong pecat Azam Baki

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa bertindak lebih proaktif dengan memulakan tindakan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


10. Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia akibat serangan jantung

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada petang Rabu.