ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Januari 2022.

1. Polis Johor tahan 8 individu dipercayai jual dan beli sijil digital vaksin palsu

Seramai 22 lagi pembeli sijil digital vaksin yang dipercayai palsu, berusia antara 19 hingga 69 tahun masih diburu polis.


2. COVID-19: Sekolah asrama harian di Kuala Lumpur ditutup

Sekolah tersebut diarahkan tutup bermula 17 Januari hingga 23 Januari.


3. Sijil vaksinasi palsu: ProtectHealth tidak kompromi, lakukan audit rawak

ProtectHealth juga akan menjalankan siasatan sekiranya menerima sebarang aduan atau terdapat anomali data.


4. COVID-19: 3,229 kes jangkitan baharu, sembilan lagi kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, jumlah terbaharu menjadikan jumlah kumulatif terkini jangkitan COVID-19 di negara ini adalah 2,817,163 kes.


5. Isu Azam Baki: Peguam Negara jangan berdiam diri - Gobind Singh

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk tidak berdiam diri berkait siasatan terhadap Tan Sri Azam Baki susulan kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) semalam.


6. Tahun Baharu Cina 2022: Aktiviti makan keluarga, ziarah dibenarkan

Putrajaya hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang lebih longgar berbanding tahun lepas termasuk berkaitan kebenaran acara makan keluarga ('family reunion dinner') dan aktiviti ziarah.


7. Lee Zi Jia letak jawatan pemain BAM

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dilaporkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


8.  Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Rabu memberikan penjelasan lanjut mengenai keputusannya untuk menamatkan inkuiri terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


9. Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung diisytihar kawasan bencana tahap satu - Polis

Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu selepas berlaku pencemaran udara serius.


10. RFID: Kerajaan putuskan pengguna perlu diberi pilihan - Ismail Sabri

Pengguna perlu diberikan pilihan sama ada mereka mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau tidak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.