ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Januari 2022.

1. Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM

Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.

2. Norza beri lampu hijau Zii Jia jadi pemain profesional

residen Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah memberikan lampu hijau kepada Zii Jia untuk beraksi sebagai pemain profesional.

3. 1,494 pelajar dikesan positif COVID-19 di Kedah

Daripada jumlah itu seramai 1,493 kes atau 99.9 peratus pelajar berada pada kategori satu dan dua.

4. PRN Johor: Ahmad Zahid 'turun padang' tinjau persiapan BN negeri

Memasuki hari ketiga pembubaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, persiapan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya negeri yang pertama kali diadakan itu semakin rancak.

5. "Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."

Pada usia 12 tahun, kemahirannya mengadakan liputan secara langsung melalui akaun media sosialnya berhubung penemuan seekor ular sawa di dalam longkang di Pasar Bukit Selambau di sini, menjadi perhatian warga maya.

6. Ini lapan faktor penyumbang kemerosotan Malaysia dalam CPI 2021

Buat pertama kalinya sejak 2012, Malaysia dikelompokkan antara dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100, hanya skor 48 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021.

7. COVID-19: 4,066 jangkitan baharu hari ini, meningkat hampir 900 kes berbanding semalam

Selepas dua hari berturut-turut merekodkan kes baharu di bawah angka 4,000, kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit peningkatan dengan 4,066 kes pada Selasa.

8. Pembalakan tak jejas populasi harimau? Kelantan pertahan kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mempertahankan kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri yang menyatakan pembalakan tidak menjejaskan populasi harimau.

9. Kesihatan Dr Mahathir semakin positif, selera makan bertambah baik - Marina

Menurut anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina, bapanya juga sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

10. Tiada sekatan dikenakan kepada kanak-kanak tidak divaksin - Khairy

Kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.