ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Februari 2022.

1. Vaksinasi kanak-kanak bukan uji kaji - Pakar perubatan keluarga

Golongan ibu bapa yang enggan membenarkan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menerima vaksin secara tidak langsung menjalankan 'uji kaji' terhadap anak-anak mereka sendiri.

2. 'Internet tak lupa' - Najib dakwa Muhyiddin cuba manipulasi fakta PRN Sabah

Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sikap UMNO sewaktu Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi punca kegagalan Muafakat Nasional.

3. Perbicaraan Rosmah ditangguh lagi, saksi masih dalam kuarantin

Perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan selepas saksi kedua pembelaan tidak dapat menghadiri prosiding hari ini.

4. Tun Mahathir dibenar pulang ke rumah setiap hari, terus jalani rawatan di IJN

Sejak 2 Februari (Rabu) lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumahnya di The Mines, Sungai Besi dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

5. "Sakitnya masih terasa" - Aishah ada sebab buka kisah perceraian

Penyanyi Datuk Aishah akui tidak berniat untuk menghebohkan berita perceraiannya sehingga dicari ramai wartawan untuk bertanya lanjut mengenainya.

6. Vaksinasi untuk kanak-kanak bukan satu uji kaji - Dr Megat Amirul Amzar

Golongan ibu bapa yang enggan membenarkan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menerima vaksin secara tidak langsung menjalankan 'uji kaji' terhadap anak-anak mereka sendiri.

7. Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah

Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) K. Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.

8. 'Wartawan cilik' tanam impian temu ramah Perdana Menteri

Wartawan cilik' Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau di sini, berhasrat untuk menemu ramah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika diberi kesempatan.

9. COVID-19: Kes kembali meningkat, 7,234 jangkitan baharu direkod hari ini

Kes harian COVID-19 di negara terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah jangkitan baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu ialah 7,234 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

10. PRN Johor: Hasni akan terus pimpin kerajaan negeri jika BN dapat mandat rakyat - Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengesahkan Datuk Hasni Mohammad akan terus menjadi Menteri Besar Johor sekiranya parti itu mendapat mandat baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.