ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Februari 2022.

1. PRN Johor: Penamaan calon 26 Feb, pengundian 12 Mac - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor), manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan. 

2. Aset Najib dibeku hingga AS$681 juta, dilarang belanja lebih RM100,000 sebulan

1MDB dan anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang Datuk Seri Najib Razak melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta. 

3. Muhyiddin dijangkiti COVID-19, sedang jalani kuarantin kendiri

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan menerusi perkongsian di media sosial bahawa beliau dijangkiti virus COVID-19.

4. Cadangan SOP PRN Johor: Jangan benarkan kempen di kedai makan - Pakar

Jangan benarkan kempen pilihan raya melibatkan aktiviti makan minum atau yang memerlukan pembukaan pelitup muka, cadang Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Prof Madya Dr Malina Osman.

5. Polis nafi tidak siasat nahas libatkan anak bekas pengarah Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia menafikan dakwaan tidak mengambil tindakan berhubung kemalangan melibatkan anak bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman seperti yang tular di media sosial pada Isnin.

6. PRN Johor: SPR digesa sediakan prosedur galak lebih ramai keluar mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat menggalakkan pengundi di luar kawasan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.

7. COVID-19: Kes baharu meningkat 17,134 kes hari ini

Daripada jumlah itu, sebanyak 17,048 kes bersamaan 99.5 peratus merupakan pesakit kategori 1 dan 2, manakala 86 kes bersamaan 0.5 peratus merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5.

8. "Adakalanya saya tak berharap nak pulih" - Tun Dr Mahathir

Menerusi perkongsian video di media sosial, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pernah berasakan dirinya tidak akan pulih daripada penyakit yang tidak dinyatakan itu.

9. Buka sempadan negara: 'Bawa tomyam, bukan COVID-19' - Pesan Saarani kepada warga Thailand

"Kalau dia (warga Thailand) nak datang balik (ke Malaysia), dia kena bawa tomyam saja, jangan pula dia bawa dengan COVID-COVID sekali, bawa tomyam sudah."

10. Kerajaan umum subsidi ayam, telur kepada penternak

Kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi 60 sen sekilogram kepada penternak ayam berkuat kuasa 5 Februari hingga 4 Jun depan, dalam usaha mengurangkan beban golongan itu dan menstabilkan bekalan.