ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Februari 2022.

1. Lebih 500,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.


2. Mahkamah arah tiga beradik diserah kepada ibu

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membenarkan permohonan seorang ibu tunggal dalam permohonan habeas corpus untuk mendapatkan tiga anaknya yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


3. DUN Selangor tiada kuasa buat undang-undang benar Mahkamah Syariah semak fatwa

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat enakmen yang membenarkan Mahkamah Syariah negeri mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.


4. PT3: Belum ada keputusan rasmi - Radzi Jidin

Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi sesi 2022.


5. Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu

Kecewa! Mungkin itulah yang sedang dialami seorang pemuda apabila kematian ibunya dijadikan ‘modal’ buat golongan antivaksin menyebarkan dakyah tidak benar.


6. Big Stage 2022: Ajai, Siti Nurhaliza sebak terkenangkan arwah Siti Sarah

Meskipun sudah beberapa bulan Allahyarham Siti Sarah meninggalkan kita, namun kehadirannya di dalam dunia seni masih segar dalam ingatan.


7. Wira Oren MBSP: Rasa puas, terharu dapat jumpa semula barang kemas dalam sampah

Rasa puas hati dan terharu apabila berjaya membantu menemukan semula barang kemas milik seorang wanita yang dibuang secara tidak sengaja dalam longgokan sampah.


8. BN paling banyak guna retorik kaum, agama - Pusat Komas

Itu hasil tinjauan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pusat Komas melalui program kempen #KamiNampak yang dijalankan pada PRN berkenaan.


9. Perak batal tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda 

Menurut Menteri Besar, pembatalan itu dibuat selepas tender secara terbuka untuk laluan pembangunan projek komersil dan bangunan bercampur itu mendapat bantahan orang ramai.


10. Sekolahku SEJAHTERA terap 14 elemen nilai kehidupan

Beliau berkata 14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA itu ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.