ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Februari 2022.

1. Lawatan rasmi PM buka lembaran baharu perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

Lawatan julung kalinya ke Thailand selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas itu dilihat bakal membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

2. Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia lalui perjalanan darat selamat tiba di Poland

Konvoi itu memindahkan sembilan rakyat Malaysia, dua anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura.

3. Banjir Kelantan: Jumlah mangsa di PPS terus meningkat

Sehingga jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan seramai 3,222 orang membabitkan 1,034 keluarga yang ditempatkan di 34 PPS.

4. Banjir: Mangsa di Terengganu meningkat kepada 5,722

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 5,722 orang pada hari ketiga bencana itu melanda. 

5. PRN Johor: Zahid Hamidi tuntut Tun M, Muhyiddin mohon maaf

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan beliau telah menghantar dua surat tuntutan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

6. Empat sekeluarga maut kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar

Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, pada Ahad.

7. Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak tiga hari ekoran cuaca buruk

Seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas ekoran cuaca buruk.

8. Johor capai 70 peratus pemberian dos penggalak, beri perlindungan kepada pengundi - Khairy

Johor telah mencapai sasaran pemberian vaksinasi dos penggalak COVID-19 sebanyak 70 peratus setakat ini, yang diyakini memberi perlindungan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

9. Banjir: Rantau Panjang kini lumpuh, keseluruhan daerah ditenggelami air

Daerah Rantau Panjang, Kelantan kini lumpuh selepas keseluruhan kawasan itu telah ditenggelami air.

10. Warga emas 70 tahun korban pertama banjir Kelantan

Bencana banjir yang melanda negeri Kelantan sejak Jumaat lalu, menyaksikan korbannya yang pertama iaitu seorang warga emas berusia 70 tahun.