awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Mac 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Mac 2022.
1. COVID-19: Pelajar positif boleh duduki peperiksaan SPM semula pada April
Pelajar yang didapati positif COVID-19 sewaktu sepanjang perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak perlu khuatir jika tidak dapat menduduki peperiksaan.
2. Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy
KKM bercadang memperbanyakkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Walk-In atau secara jumpa terus.
3. KBS tiada bidang kuasa campur urusan BAM - Timbalan Menteri
Melainkan isu berkenaan dipanjangkan kepada KBS menerusi Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM).
4. COVID-19: 25,854 kes baharu, 374 di ICU
Sejumlah 25,854 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 1 Mac menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,468,590. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 25,406 membabitkan kes tempatan dan 448 kes import.
5. KWSP umum dividen 6.10 peratus bagi tahun 2021
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2021.
6. KKM kemas kini pemberian elaun COVID-19 petugas hadapan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak dan mengemas kini dari semasa ke semasa untuk memperluaskan pemberian elaun khas kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang mengurus wabak COVID-19 di negara ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
7. PRN Johor: Muhyiddin jawab tuduhan Tun Mahathir
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau yang mengakibatkan usaha menolak Datuk Seri Najib Razak terbantut.
8. Tajuddin bidas Najib isu KWSP, dedah wujud 'Little Napoleon' dalam kalangan Kabinet
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini membidas Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) berhubung isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
9. Percubaan kedua Rosmah mohon hakim tarik diri satu penyalahgunaan proses mahkamah - Sri Ram
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan percubaan kedua beliau untuk memohon Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes berkenaan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
10. Mangsa banjir akan terima bantuan bernilai hampir RM10,000 - Perdana Menteri
Penduduk yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu kali ini, akan menerima bantuan sehingga RM10,000 sama seperti yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#Berita Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan