ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Mac 2022.


1. PRN Johor: Jelaskan kepada pengundi rasional bubar DUN - Wan Rosdi

Masyarakat di negeri Johor perlu diberi pemahaman berhubung rasional di sebalik langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. 



2. Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut

Polis membuka kertas siasatan susulan penemuan kira-kira 20 ekor kucing jalanan yang mati bergelimpangan di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, pada Ahad.


3. 14 akta perlu dipinda dalam ratifikasi CPTPP - Azmin

Sebanyak 14 akta di peringkat kerajaan persekutuan perlu dipinda dalam usaha kerajaan meratifikasi dan menguatkuasakan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).


4. Kes amang seksual: Bekas mudir maahad tahfiz dibenar ikat jamin

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membenarkan ikat jamin terhadap seorang bekas mudir sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah, yang didakwa atas 15 pertuduhan amang seksual terhadap lima pelajar tahun lalu.


5. Banjir kilat Lembah Klang: Lebih 20 kawasan dinaiki air, PPS dibuka di Dewan Sultan Sulaiman

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Kelab Sultan Sulaiman susulan 23 kawasan di sekitar Lembah Klang dinaiki air akibat banjir kilat yang melanda ibu negara, pada Isnin.


6. "Benarlah YB Pekan seorang yang cerdik... cerdik berbohong" - Muhyiddin bidas Najib

Kenyataan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat tidak terbabit dalam pembayaran hutang 1MDB adalah satu dakwaan yang tidak benar, kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


7. Najib tulis surat minta "hadiah" tanah bernilai RM100 juta, dakwa Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada menulis surat kepada kerajaan, meminta dihadiahkan kepada beliau sebidang tanah atas jasanya sebagai Perdana Menteri.


8. Status jadi tanda tanya, Farah Ann masih berdiam diri

Status ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dalam pasukan kebangsaan masih menjadi tanda tanya memandangkan atlet berkenaan belum memberikan sebarang perkembangan termasuk surat persaraan kepada Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).


9. Rogol anak tiri: Hukuman penjara 1,050 tahun dikurangkan kepada 42 tahun

Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman penjara 1,050 tahun yang merupakan rekod hukuman penjara tertinggi setakat ini bagi kesalahan merogol, yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki kerana merogol anak perempuan tirinya.


10. Kemudahan cuti kuarantin diperluas, babit lebih banyak penyakit

Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan berkuat kuasa 4 Mac.