ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.

1. Exco Johor angkat sumpah Sabtu ini - MB

Senarai barisan Exco terlibat sudah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pagi Khamis.

2. Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu

Rumah baharu dibina itu bernilai lebih kurang RM56,000, dibangunkan dengan bantuan kerajaan selepas rumah lama yang diusahakan pembinaannya musnah dalam banjir Disember lalu.

3. UMNO-BN perlu keluar daripada MoU, usul gagal amat memalukan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata, adalah wajar untuk UMNO dan BN menyimpulkan bahawa Pembangkang telah memungkiri janji, melanggar persetujuan dan mengabaikan komitmen mereka sebelum ini.

4.Usul SOSMA gagal: Ada alasan untuk PRU - Nazri Aziz

Rakyat perlu diberi hak untuk menentukan mandat melalui pilihan raya umum selepas kegagalan kerajaan meluluskan usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat pada Rabu.

5. 1MDB: Rosmah didakwa beli kalung berlian bernilai RM97.2 juta

Juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang yang dipercayai digunakan menggunakan dana skandal 1MDB.

6. Dewan Rakyat: RUU kecualikan kerabat diraja daripada mengundi diluluskan

Pindaan tersebut bagi mengecualikan pendaftaran pemilih automatik kepada Raja Pemerintah dan pasangan, Yang di-Pertua negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan, dan mana-mana orang lain.

7. Sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka bermula 1 April

Bermula 1 April 2022, Malaysia dan Singapura akan membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

8. Buka sempadan: Perhatian pengembara, ini protokol am mulai 1 April yang perlu anda tahu!

Ia melibatkan kategori sebelum berlepas, semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta selepas memasuki Malaysia dalam tempoh 24 jam.

9. Sediakan kuota khas bagi agensi bantu rekrut pekerja asing - PAPSMA

Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan agar disediakan kuota khas untuk membantu majikan merekrut pekerja asing.

10. Pengembara tak buat ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam boleh diusir - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengembara yang tidak melakukan ujian RTK-Ag profesional COVID-19 apabila memasuki Malaysia pada 1 April ini.