ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Mac 2022.


1. Hari Polis Ke-215: Legasi Sang Saka Biru terus diperjuang, diwarisi - KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas peruntukan dana besar bagi menjadikan pasukan beruniform itu dilengkapi kemajuan teknologi terkini kepolisan moden.



2. Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah

Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini, petang semalam.


3. Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat fardu, solat Jumaat dan solat tarawih dilakukan tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau di negeri itu bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.


4. Mula sakit belakang dan kaki membengkak, Mira Filzah dijangka bersalin pada...

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan sudah mengalami beberapa simptom di akhir semester kehamilan.

5. Menteri UMNO adakan pertemuan di sebuah hotel di Putrajaya?

Ia menimbulkan pelbagai teka-teki terutama selepas beberapa pemimpin utama UMNO sebelum ini memberi cadangan untuk pembubaran Parlimen dilakukan segera.

6. Akaun pendeposit Tabung Haji culas bayar nafkah dicadang dibekukan - Ketua Hakim Syarie

Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata langkah itu bertujuan memastikan setiap pendeposit yang merupakan bakal jemaah haji bebas daripada sebarang hutang terutama hutang tuntutan nafkah.


7. Sebabkan kematian kekasih ibu, peniaga dipenjara 13 tahun

Seorang peniaga yang sebelum ini menghadapi tuduhan membunuh kekasih ibunya dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian lelaki warga Pakistan itu.


8. Kerajaan wajibkan pemasangan AED di premis kerajaan mulai 2025 - Khairy

Kerajaan mewajibkan pemasangan peranti defibrilator luaran automatik (AED) di semua bangunan kerajaan di seluruh negara pada 2025.


9. Usahakan 'kebun' ganja dalam rumah, bekas penyanyi nasyid terima padah

Dalam serbuan di kondominium di Damansara itu, pihak polis merampas 17 pasu pokok ganja selain ketulan mampat ganja seberat 214 gram dianggarkan bernilai RM10,700.


10. Vaksinasi di rumah untuk warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV

ProtectHealth akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah dikenali sebagai Home Vaccination kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) berikutan masalah logistik.