Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Mac 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Mac 2022.
Kestabilan politik di Malaysia ketika ini telah membolehkan kerajaan menumpukan kepada usaha memulihkan kembali ekonomi negara terutama dalam menarik pelaburan baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Suspek utama kes bunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Jenazah penulis lirik terkenal tanah air, Mohamad Rudy Imran Shamsuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih selepas solat Asar petang tadi.
Seorang guru sains dan matematik didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas lapan pertuduhan termasuk amang seksual dan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar lelaki di bawah umur antara 2014 hingga 2021.
Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri berkata masa yang dinantikan telah tiba buat industri pelancongan di negara ini untuk kembali rancak seperti pra-pandemik COVID-19.
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam usaha membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Canselor UiTM Prof Datuk Roziah Mohd Janor berkata laporan polis itu telah dibuat hari ini bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya.
Jelasnya, keputusan Jemaah Menteri pada bulan November lalu adalah bertujuan untuk membolehkan pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
epat jam 12 tengah malam tadi, Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan antara yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

