ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.

1. PM saran tubuh Suruhanjaya Patuh Syariah

Kawal selia industri halal dalam negara boleh disatukan melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.

2. Shafie dakwa Muhyiddin ajak bergabung, cukup 'angka' untuk kembali jadi PM

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

3. 1MDB: Pendengaran ditangguh, Muhammad Shafee demam dan sakit tekak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa peguam bela utama bagi perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami demam dan sakit tekak, dan perbicaraan yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan.

4. 14 mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat Nepal

Empat belas mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat penumpang Nepal di kawasan berbukit terpencil di daerah Mustang Nepal.

5. 'Tugasan berat untuk digalas' - Misha Omar kongsi perbualan segmen 'tribute' dengan Siti Sarah

Tempoh masa yang berlalu bukan mudah bagi mereka yang mengenali Allahyarham, baik ahli keluarga, teman rapat mahupun peminat untuk melupakan penyanyi bersuara emas itu.

6. Khairy dilantik Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO

Menteri Kesihatan itu dipilih untuk tempoh 2022 sehingga 2023 bagi mewakili rantau Pasifik Barat.

7. Polis reman penganjur rumah terbuka Aidilfitri, saji 'tarian separuh bogel'

Suspek yang juga pengusaha komestik dan dikenali sebagai 'Cik Lala', 27, itu ditahan reman mulai 29 Mei.

8. Enam dilantik ahli panel pemantau bebas SPRM

Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar dari pelbagai bidang untuk mewakili masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM.

9. Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.

10. Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan - MAFI

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bahawa bekalan makanan dalam negara masih mencukupi dan negara belum sampai ke peringkat krisis makanan seperti yang didakwa sesetengah pihak.