ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Julai 2022.

1. 4,816 kes baharu, lima kematian direkodkan

Sebanyak 4,816 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,648,931 kes.


2. Rakyat Kelantan bahagia, pentadbiran negeri di landasan betul - Mohd Amar

Kelantan yang berada di tangga kelima sebagai negeri yang rakyatnya bahagia berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021, membuktikan pentadbiran kerajaan negeri berada pada landasan yang betul.


3. 5 sekeluarga maut: Hilux hilang kawalan sebelum rempuh Alza - Polis

Nahas yang mengorbankan lima nyawa termasuk kanak-kanak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu berpunca daripada salah sebuah kenderaan terlibat yang terbabas ke lorong bertentangan.


4. Kes dera kanak-kanak: 11 individu dipanggil beri keterangan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.


5. "Aku sakit mental, sesekali kronik" - Luahan Yasin Sulaiman di sebalik tirai besi

Lagu terbaharu yang dihasilkan Yasin atau nama sebenarnya, Mohammad Yasin Sulaiman, 46, dimuat naik di laman Instagram miliknya hari ini.


6. Polis masih berusaha kesan kontraktor rumah Zalina Azman

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini, kontraktor itu belum dapat dikesan dan tiada sebarang petunjuk baharu.


7. Terbuka Taiwan: Man Wei Chong-Tee Kai Wun harumkan nama Malaysia

Kali ini mereka yang turun sebagai 'underdog' di ranking 36 dunia berhempas pulas untuk menundukkan juara Sukan Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin.


8. Nahas Jeli-Gerik: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad

Jenazah Mohd Rodhi Othman, 64,Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Ahmad Khomaini Abu 32, serta seorang kanak-kanak perempuan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6, dikebumikan dalam satu liang lahad.


9. Guru terbaik, pengalaman luas perlu diberi peranan teraju aspek PdP dalam talian - Tun Mahathir

Dr Mahathir menyarankan agar guru terbaik dan berpengalaman luas ditugaskan menerajui penyediaan bahan-bahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.


10. PRU15: BN bentang laporan kesiapsiagaan kepada PM bulan depan - Tok Mat

Barisan Nasional (BN) akan membentangkan laporan kesediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bulan depan.