ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Julai 2022.
1. Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.
2. Suami isteri tular pukul anak angkat mengaku bersalah
Pasangan suami isteri yang tular dalam video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun dipukul menggunakan penyangkut baju, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya mangsa, beberapa bulan lalu.
3. Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan hari ini bahawa pesakit kanser di negeri itu boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).
4. RUU Antilompat Parti untuk elak negara berhadapan konflik politik berterusan - PM
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bertujuan memastikan kestabilan politik, dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
5. TNB sahkan berlaku gangguan bekalan elektrik, punca sedang dikenal pasti
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
6. 4 maut, 60 cedera, gempa bumi kuat melanda utara Filipina
Gempa bumi berukuran tujuh pada skala Richter yang menggegarkan Pulau Luzon, Filipina pada pagi Rabu.
7. Mora sah tinggalkan JDT
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.
8. Anwar nafi minta MP Kerajaan lompat parti pada 2008
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengarahkan ahli Parlimen Kerajaan bertukar parti pada 2008 bagi membentuk kerajaan ketika itu.
9. Murid tahun empat dakwa dirogol bapa tiri
Seorang murid perempuan berusia 10 tahun dipercayai telah dirogol bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Nerus.
10. Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri
Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Astro Awani
Wed Jul 27 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Julai 2022.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.