ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Ogos 2022.

1. PM bakal umum berita gembira buat penjawat awam 30 Ogos ini

Ini sebagai penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia terhadap pengorbanan kalangan penjawat awam.


2. Liek Hou terus 'mengganas', raih gelaran ke-13 berturut-turut

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu, mengambil masa 36 minit untuk menundukkan seterunya dari Taiwan, Fang Jen-Yu 22-20, 21-15.


3. Google rai hari lahir Tokoh Budayawan Melayu, Azah Aziz menerusi 'Google Doodle'

Google hari ini tampil memberikan penghormatan kepada Allahyarhamah Azah Aziz, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-94 menerusi ‘Google Doodle’.


4. 'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia termasuk usaha mewujudkan rang undang-undang yang memastikan negara bebas daripada asap rokok.


5. "Siapa yang khianati siapa?" - Mohamad Hasan nafi UMNO tinggalkan Pas

Sebaliknya ujar beliau, Pas yang cenderung untuk bersama gabungan lain seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu.


6. Mahkamah Persekutuan mungkin terus buat keputusan dalam rayuan akhir kes SRC Najib

Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.


7. Rafizi bakal dedah ahli politik terlibat skandal LCS esok

Menurutnya, pendedahan itu boleh dibuat ekoran telah mempunyai bukti individu berkenaan terlibat skandal tersebut.


8. "Menitik air mata saya ketika itu" - Afdlin Shauki dedah sebab bercerai

Menurut Afdlin, dia masih menganggap bekas isterinya itu sebagai sahabat memandangkan mereka memang banyak menghabiskan masa bersama sebagai rakan sekerja.


9. Pewartaan had umur belia kepada 35 tahun ditangguh - Ahmad Faizal

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pewartaan itu akan diteruskan juga selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Malaysia pada akhir tahun ini.


10. Kes SRC: Najib lafaz sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di sini pada Ahad malam.