ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Oktober 2022.


1. Anak Zulkifli Al-Bakri meninggal dunia

Hammad Zulkifli menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.22 pagi Ahad di sisi keluarga.


2. Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu

Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan sehingga menjejaskan sektor pelancongan di negeri itu.

3. Bajet 2023: Pekerja mohon ringankan beban kewangan, perkasa ekonomi pasca COVID-19

Kerajaan perlu melihat keperluan meningkatkan pemberian bantuan tunai secara terus serta bersasar.

4. Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik - Ahmad Marzuk

Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

5. Beri kata dua, UMNO tetapkan tiga syarat kepada Pas

UMNO menetapkan tiga syarat kepada Pas dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

6. MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia

Sejak COVID-19 melanda Malaysia, isu kesihatan selalunya diletakkan sebagai tumpuan utama kerajaan, terutamanya untuk mengembalikan semula kehidupan rakyat seperti sebelum pandemik.

7. MPV bertembung lori kontena, dua warga emas patah tulang rusuk dan paha

Tiga cedera termasuk dua warga emas parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Benta dekat sini pada Sabtu.

8. Rusuhan Stadium Kanjuruhan: FAM kaji SOP penyokong di stadium Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia malam tadi.

9. 'Azmin, jaga kawasan sendiri sajalah' - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali, agar memberi perhatian terhadap usaha mempertahankan kerusinya.

10. Sahkan pertemuan dengan Hadi, Zahid tegaskan UMNO tak pernah padam agenda penyatuan ummah

UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah, termasuk dalam kerjasama politik parti itu dengan Pas, yang menjadi asas kestabilan politik tanah air, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.