ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Oktober 2022.

1. Menteri PN utus surat kepada Agong bantah PRU15 tahun ini

Anggota Kabinet Bersatu dan Pas dilaporkan menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah gesaan pemimpin UMNO yang mahu Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum lebih awal tahun ini.

2. Malaysia-AS perkukuh kerjasama pertahanan, perjanjian baharu akhir tahun

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kata sepakat untuk terus memperkukuhkan kerjasama pertahanan termasuk melalui Building Partner Capacity (BPC) Programme.

3. Tuntutan baharu waris Kesultanan Sulu langgar peraturan - Wan Junaidi

Percubaan terkini pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Malaysia di Belanda disifatkan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan dan melanggar perundangan.

4. Sultan Selangor titah perbezaan pendapat antara mufti, agamawan hanya dibincang dalam muzakarah

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya sebarang perbezaan pendapat antara mufti dan agamawan hanya dibincangkan di dalam muzakarah dan tidak dibawa keluar dari ruang perbincangan itu.

5. Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet mingguan di Istana Negara pada Khamis.

6. Rezeki Ustaz Azhar Idrus dapat anak ke-12, 'Alhamdulillah meriah rumah..'

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idris (UAI) baru sahaja menerima cahaya mata ke-12 baru-baru ini.

7. Tuntutan baharu waris Kesultanan Sulu langgar peraturan - Wan Junaidi

Percubaan terkini pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Malaysia di Belanda disifatkan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan dan melanggar perundangan.

8. "Kedua-dua kaki sudah dijangkiti kuman, mata pula dibutakan" - Pak Lan semakin uzur

Lama tidak mendengar khabar, rupa-rupanya keadaan kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan kini semakin uzur. 

9. PRU15: Semua jentera parti komponen PN bergerak atas nama gabungan - Muhyiddin

Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) hari ini bersetuju agar semua jentera pilihan raya parti komponen di setiap peringkat bergerak atas nama gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

10. 21 lagi mangsa penipuan tawaran pekerjaan luar negara selamat tiba di Malaysia

Seramai 21 lagi warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja dan Laos berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke ibu negara pada Khamis.