ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Oktober 2022.

1. Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan

Yang di-Pertuan Agong berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya, yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa semalam.

2. KKM sahkan produk Mi Sedapp mengandungi racun perosak tidak masuk ke Malaysia

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kemasukan dua produk Mi Sedaap keluaran Indonesia yang didakwa mengandungi ethylene oxide. 

3. Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia

Empat produk sirap ubat batuk dan selesema keluaran syarikat farmaseutikal India yang didakwa menyebabkan 66 kanak-kanak maut selepas pengambilannya, tidak didaftarkan di Malaysia.

4. Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

Allahyarham Ahmad Ismail yang berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi selepas mengalami komplikasi jantung.

5. PRU15: DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 - Sanusi

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan sebelum bulan Mac tahun hadapan meskipun pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat.

6. Bajet 2023: RM2,500 bantuan keseluruhan buat penjawat awam

Kebajikan penjawat awam terus menerima bantuan ‘durian runtuh’ dengan jumlah bantuan keseluruhan mencapai RM2,500 pada tahun 2023.

7. Zizie Izette dibenar pindah kes supaya didengar bersama permohonan suami

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk memindahkan kes beliau supaya didengar bersama permohonan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

8. Bajet 2023: RM2,500 bantuan keseluruhan buat penjawat awam

Kebajikan penjawat awam terus menerima bantuan ‘durian runtuh’ dengan jumlah bantuan keseluruhan mencapai RM2,500 pada tahun 2023.

9.  Bajet 2023 persiapan negara hadapi ekonomi tidak menentu tahun hadapan - Perdana Menteri

Bajet 2023 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’, adalah antara tumpuan kerajaan untuk memastikan pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

10. Bajet 2023 peruntuk RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022, 2021 - Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata belanjawan bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' ini menyediakan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan.