ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Oktober 2022.

1. Laluan pejalan kaki ke kaunter imigresen di BSI sesak hampir dua jam

Kesesakan pengembara masuk ke Malaysia sempena cuti hujung minggu dan cuti perayaan di Bangunan Sultan Iskandar.

2. Polis siasat insiden provokasi ketika majlis anjuran MUDA di Muar

Siasatan terhadap insiden pada kira-kira jam 9.35 malam itu dijalankan mengikuta Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

3. Tiada lagi kaki emas Hashim Mustapa

Kaki Hashim dipotong pada 13 Oktober lepas selepas dijangkiti kuman selepas menderita penyakit kencing manis.

4. PRU15: Khalid 'berkorban' tinggalkan Shah Alam, bakal bertanding di Titiwangsa

Amanah akan mempertaruhkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad untuk kerusi P119 Titiwangsa, sekali gus menjadikan ia antara kerusi yang menarik untuk diperhatikan.

5. Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis

Presiden China Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada sesi pleno pertama jawatankuasa itu pada Ahad.

6. PRU15: Syor tiga jawatan TPM dimasukkan sebagai manifesto BN Sabah - Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) mengesyorkan agar tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dimasukkan dalam manifesto BN Sabah.

7. PRU15: Zuraida sedia 'pertahankan' Ampang daripada sesiapa sahaja, termasuk Nurul Izzah

Beliau sentiasa mengalu-alukan mana-mana pencabar di kawasan yang beliau wakili sejak parlimen itu pertama kali wujud pada 2008.

8. Air laut surut, feri bawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas

Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut petang tadi.

9. PRU15: Anifah Aman akan ada tempat di peringkat nasional?

Barisan Nasional (BN) tidak menolak memberi ruang kepada bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk mengisi jawatan di peringkat nasional jika parti itu berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

10. Rogol berkumpulan, lapan remaja berdepan 18 pertuduhan

Lapan remaja yang didakwa terlibat dalam kes rogol berkumpulan melibatkan mangsa seorang gadis berusia 14 tahun pada 16 Oktober lalu bakal berdepan dengan 18 pertuduhan.