ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Oktober 2022.

1. Syed Saddiq diarah bela diri empat pertuduhan berkaitan dana RM1.12 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri berhubung empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana parti itu.

2. Shafee lepas, bebas kes LHDN dan ubah wang haram RM9.5 juta

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peguam veteran itu.

3. Vaksin COVID-19 jenis sedut: Malaysia sedang lakukan ujian klinikal

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sekiranya ujian klinikal tersebut berjaya, ia mungkin akan dilaksankan di negara ini.

4. PRU15: 'Undilah saya buat kali terakhir' - Muhyiddin Yassin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini berkemungkinan menjadi pentas terakhir buat beliau untuk bertanding dalam pilihan raya.

5. PRU15: Biarpun tidak lagi bertanding, Nazri akan pastikan Padang Rengas kekal bawah BN

Mohamed Nazri menjelaskan, sebagai Pengerusi BN Padang Rengas, adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan kerusi Parlimen Padang Rengas, DUN Lubok Merbau dan Chenderoh tidak jatuh ke tangan parti lawan.

6. Kronologi kes Shafee berhubung pengubahan wang haram RM9.5 juta dan LHDN

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee, 70, di akhir kes pendakwaan.

7. Suami isteri, bayi maut kemalangan

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat

8. Pendakwaan tutup kes Siti Bainun, keputusan 24 November

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi.

9. Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

10. PRU15: PKR umum Maszlee Malik pertahan Simpang Renggam, Wan Azizah ke Bandar Tun Razak

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik malam ini diumumkan akan mempertahankan Parlimen Simpang Renggam atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).