ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 November 2022.
1. Penyertaan BN dalam gabungan lain tidak sah, tiada rundingan dilakukan - Zahid
Tiada sebarang rundingan yang dilakukan bersama ahli kepimpinan parti berkenaan penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam gabungan lain untuk membentuk kerajaan.
2. 'No DAP, No Anwar', nak pecat? Silakan - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
3. BN, PH bergabung bentuk Kerajaan Negeri Perak
"Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN)." Demikian status ringkas dimuat naik Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dalam Facebook beliau hari ini.
4. PRU15: Agong perkenan lanjut tempoh masa serah SD
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga jam 2 petang esok (Selasa, 22 November).
5. PRU15: Saarani selesai angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-15
Dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, di sini pada Isnin.
7. Najib mahu tutup 1MDB pada 2015 - Pengerusi The Edge
Pengerusi Kumpulan Media The Edge hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menutup 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana masalah hutangnya yang serius.
8 PRU15: "Saya sedia dipecat, tidak akan bersama PH" - Ismail Sabri
“Saya sedia dipecat, tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).” Itu kenyataan yang didakwa daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merujuk kepada tangkap layar yang dimuat naik dalam media sosial anaknya, Nina.
9. PRU15: Tok Mat bersuara, cadang PN, PH bergabung tubuh kerajaan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung menubuhkan kerajaan.
10. PRU15: GPS sapu 23 kerusi Parlimen selepas menang di Parlimen Baram
Gabungan Parti Sarawak (GPS) semakin mengukuhkan kedudukannya di Dewan Rakyat setelah berjaya memperoleh kerusi Parlimen yang ke-23 bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi kemenangan Datuk Anyi Ngau di Parlimen Baram hari ini.
Astro Awani
Mon Nov 21 2022

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 November 2022.

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.

Banjir | MAFS sedia bantu tampung kerugian petani
Bagi meringankan beban petani yang terjejas banjir Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Sabah bakal mengagihkan bantuan. Ia termasuk bantuan akibat kerosakan tanaman. Nilai bantuan adalah 50 peratus daripada jumlah kerugian yang dihadapi oleh petani.

Banjir Sabah | Hanya lima PPS masih dibuka libatkan 358 mangsa
Hanya lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif di Sabah setakat jam 4 petang, Jumaat, berbanding sembilan buah pada sebelah pagi. Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, PPS yang masih aktif iaitu di telupid dan beluran masing-masing dua PPS, serta di Beufort satu PPS.

Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah, lawat beberapa industri
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

Pakistan: Dadah bernilai AS$1.69 juta dirampas daripada budak 12 tahun
Budak lelaki berkenaan menyamar sebagai wanita dan menyembunyikan dadah berkenaan dalam jaketnya.

Belanjawan 2023 utamakan pertumbuhan ekonomi saksama berpaksi keadilan sosial
Kerajaan akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat menerusi Belanjawan 2023.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Pantau Kerajaan Baharu | Pemerkasaan TVET, perhalusi peluang anak tempatan
Segmen Pantau Kerajaan Baharu kali ini melihat kepada cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan supaya pihak swasta dan kerajaan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Semestinya, pemain industri mengharapkan yang terbaik khusus sekali dalam memacu bakat tempatan ke peringkat lebih tinggi. Ikuti perbincangan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Yu Cai Foundation gerakkan kutipan derma untuk tajaan biasiswa pelajar sekolah menengah B40
Semua dana yang dikumpul melalui kutipan derma ini akan disalurkan untuk menaja kos pendidikan pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40.

LRT rosak bukan sebab negara tiada pakar - Anthony Loke
Dakwaan sedemikian dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Januari 2023.