ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Disember 2022.


1. Dewan Rakyat: Isi rumah terima RM300, bujang RM100 Januari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.



2. Dewan Rakyat: Import telur dua hingga 10 juta setiap hari mulai 22 Dis - Anwar

Kelulusan pengimportan itu agar rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang, selain memastikan bekalan makanan mencukupi.


3. Tindakan tegas, segera perlu diambil henti perbuatan racun fikiran rakyat isu kaum, agama - Sultan Perak

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan, pandangan ekstrim berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemai rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan sesama kaum, wajib dihentikan.


4. Tanah runtuh Batang Kali: 29 daripada 94 mangsa adalah kanak-kanak

Seramai 29 kanak-kanak disahkan sebagai antara 94 mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm Jalan Batang Kali - Gohtong di Hulu Selangor, Jumaat lalu.


5. Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi

Mahkamah Majistret Tenom, hari ini, diberitahu, pendakwah terkenal, Ebit lew didakwa pernah menghantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu melalui aplikasi WhatsApp.


6. Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'

Mohd Nadzir tanpa berselindung mendedahkan dia dan isteri, Zainun Sulaiman, 62, terpaksa melawan perasaan sedih apabila masih lagi terngiang-ngiang suara tiga beradik itu.


7. Panggilan telefon ibu tidak berjawab, rupanya anak maut dalam kemalangan

Perasaan tidak sedap hati seorang ibu yang menghubungi telefon bimbit anaknya yang tidak berjawab rupanya menjadi petanda buruk buatnya selepas menerima perkhabaran anaknya meninggal dunia dalam kemalangan.


8. Tanah runtuh Batang Kali: Sultan Selangor, Tengku Permaisuri khuatir anggota SAR sakit

Baginda berdua berharap agar semua pihak diberikan segala kemudahan fizikal dan mental untuk menyelesaikan operasi dengan sempurna.


9. 'Belum pernah Malaysia dapat pengiktirafan dalam masa singkat dari dunia' - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media antarabangsa mencemarkan imej negara.


10. [LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari kelima, kedudukan mangsa gagal dikesan

Perkembangan hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali.