ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Januari 2023.

1. Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah

Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

2. Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik UKM Prof Dr Kartini Aboo Talib berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dicatat dalam sejarah Malaysia sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO.

3. Seharusnya MOTAC dipanggil MOCAT, atau lebih baik...

Paradigma harus beranjak, gerak perlu disusun semula, bermula dengan perubahan namanya kepada Kementerian Budaya, Seni dan Pelancongan - letakkan ‘budaya’ di depan.

4. Gopal Sri Ram meninggal dunia

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

5. Nad, Ungku Ismail sah bergelar suami isteri

Nad, atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini, berkongsi fotonya dan suami, sedondon berpakaian serba putih untuk majis ijab kabul mereka.

6. Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka mempunyai kuasa.

7. Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung itu.

8. Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu.

9. Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, tidak melibatkan bayaran elaun.

10. UMNO Bahagian Sembrong tuntut penjelasan penggantungan Hishammuddin

UMNO Bahagian Sembrong menyifatkan penggantungan keahlian selama enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai tindakan tidak cermat.