ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Februari 2023.

1. Badan penguatkuasaan perlu ambil tindakan tanpa kira kedudukan, fahaman - PM Anwar

Badan penguatkuasaan perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati wujud perlanggaran di pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan serta fahaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


2. Warden, pelatih Puspen didakwa membunuh

Seorang warden dan seorang pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Perlop, didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Rabu, atas tuduhan membunuh seorang pelatih lain, minggu lalu.


3. Pantai Mawar, Mersing ditutup sementara

Pegawai Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali berkata, penutupan itu susulan operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar masih dijalankan oleh pihak berkuasa.


4. Kedutaan negara asing tidak punya kuasa keluarkan pas lawatan sementara - JIM

Kedutaan asing di negara ini tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang bentuk pas kepada rakyat mereka untuk menetap di sini walaupun untuk sementara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.


5. Kes 1MDB Najib: 'Saya mesej Jho Low demi UMNO' - Saksi

Joanna Yu Ging Ping, 52, berkata demikian dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram, dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.


6. KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan dapatan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, berlaku perkara yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.


7. Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban cecah lebih 11,200

Agensi Pengurusan Bencana Turkiye mengemas kini angka korban di negara itu kepada 8,754 petang ini, manakala Syria merekodkan 2,470 kematian secara rasmi setakat ini.


8. Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing

Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.


9. 7 maut kemalangan turun Genting Highlands, identiti mangsa dikenal pasti

Tujuh maut manakala lapan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di sini, pada Rabu.


10. Parlimen Gua Musang: Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, pegawai pengurus

Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen terhadap SPR dan seorang pegawai SPR yang difailkan oleh wakil calon BN Gua Musang bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.