ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Februari 2023.

1. Agong rasmi istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

2. Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi

Tindakan menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri dan ahli Parlimen serta menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong kerajaan disifatkan sebagai zalim.

3. Hannah kecam ucapan berbaur perkauman bekas pemain pelapis BAM

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di media sosial baru-baru ini.

4. Inti pati MADANI sesuai dengan ajaran agama Islam - Ahmad Maslan

Inti pati konsep MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sesuai dengan ajaran agama Islam, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

5. Agong sambut baik permuafakatan parti-parti Kerajaan Perpaduan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik permuafakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti-parti Kerajaan Perpaduan.

6. 'Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya...' - Agong kongsi pengalaman pilih empat PM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 sebagai yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang.

7. Anak Najib, Nooryana Najwa bakal bertanding Exco Puteri UMNO - Puad Zarkashi

Menerusi muat naik di Facebook, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara berkenaan.

8. Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India

Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua masyarakat India beragama Hindu berikutan kenyataannya yang mengandungi sensitiviti agama.

9. 'Anggaplah dia epal busuk', respons Lee Chong Wei pada komentar rasis Guang Yik

Legenda perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kesal dengan kenyataan rasis oleh bekas pemain pelapis badminton negara, Bong Guang Yik.

10. Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.