awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Februari 2023.
1. Prestasi Perdana Menteri beri keyakinan pengundi pada PRN
Maklum balas positif masyarakat terhadap kepimpinan dan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua bulan menerajui negara diharapkan akan terus memberi keyakinan kepada pengundi untuk menyokong kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
2. Kerugian angkara 'scammer' cecah RM52.4 juta
National Scam Response Center (NSRC) merekodkan kerugian sejumlah RM52.4 juta akibat sindiket penipuan dalam talian di Malaysia.
3. Laksana kenaikan gaji ikut kredibiliti pekerja untuk tingkat produktiviti - Mahfuz
Majikan diminta melaksanakan kenaikan gaji sekurang-kurangnya satu hingga dua peratus berdasarkan kelulusan, kemahiran dan pengalaman pekerja.
4. Siasatan SPRM: 'Tiada apa disembunyikan, sedia beri keterangan' - Tengku Zafrul
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program Jana Wibawa.
5. JAIM siasat sindiket nikah ekspres babitkan warga asing
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesan kegiatan sindiket pernikahan palsu membabitkan pasangan warga asing terutama etnik pelarian Rohingya di negeri berkenaan.
6. Selepas Muhyiddin, SPRM akan panggil Tengku Zafrul
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan mengambil keterangan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa.
7. SPRM sahkan Muhyiddin sebagai suspek siasatan kes Projek Jana Wibawa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah suspek bagi siasatan dalam Projek Jana Wibawa.
8. Selepas 12 hari, mayat komando lemas ditemui di Tanjung Sepat
Mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika melakukan latihan selaman di perairan Pulau Undan, di sini 12 hari lalu, ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor pada Ahad.
9. Pemuda Pas Terengganu sedia beri kerjasama siasatan perarakan bawa replika senjata
Pemuda Pas Terengganu bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa menyiasat program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) yang menyaksikan peserta perarakan memegang replika pedang, lembing dan perisai.
10. Dua agensi berlesen disiasat PDRM, dipercayai dalang sindiket penipuan pekerjaan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua syarikat agensi pekerjaan yang sah di negara ini di bawah Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) PDRM.
Topic Berkaitan
#brita malaysia
#berita tempatan
#berta awani
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan