ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mac 2023.


1. Pejuang mohon sertai Perikatan Nasional

Keputusan ini telah disepakati MEP selepas meneliti dan menilai semua pilihan gabungan atau kerjasama politik yang ada.


2. Politik Sabah: Gagasan Rakyat kini parti politik rasmi

Ketika ini Gagasan Rakyat mempunyai 25 ADUN termasuk lima bekas ADUN UMNO dan empat bekas Adun Warisan yang mengumumkan keluar parti.

3. Pelaburan RM25.5 bilion AWS bakal tingkat transformasi digital negara - PM Anwar

Pelaburan berkenaan sekali gus mampu membawa kepada peningkatan transformasi digital di dalam negara ini.

4. JKR aktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri Johor hari ini

Tindakan segera telah dan sedang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berikutan banjir di Johor antaranya mengakifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor serta-merta pada 8 pagi hari ini.

5. Dua warga emas berjiran ditemukan maut terperangkap banjir di Segamat

Dua warga emas ditemukan maut di dua rumah berasingan di Jalan Kwongsai, Chaah di sini pagi tadi.

6. LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan bahawa telah mengeluarkan Notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat (Tawaran) kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad (BHB).

7. Tiga lelaki disyaki terlibat kes letupan mesin ATM di Setia Alam ditahan

Polis menahan tiga rakan subahat disyaki terlibat dalam kes letupan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam dekat sini pada 23 Feb lepas.

8. Gaji penjawat awam: PM minta JPA bincang dengan Cuepacs

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai isu gaji dan upah penjawat awam

9. Lapan termasuk seorang wanita ditahan terlibat kes bunuh di sebuah kondominium

Mangsa mengalami kecederaan teruk di mata, hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga serta punca kematian adalah akibat pukulan objek tumpul.

10. Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid

Presiden UMNO itu berkata langkah itu penting walaupun beliau secara peribadi meraikan perbezaan pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh mana-mana pihak.