ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mac 2023.

1. Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh

Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

2. Bau busuk bongkar penemuan berpuluh rangka, organ kucing

Aduan bau busuk di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur membawa kepada penemuan berpuluh rangka, cebisan organ dan daging kisar disyaki akibat kes kezaliman kucing, pada 11 Mac lalu.

3. Roger Ng diperintah lucut hak AS$35.1 juta

Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng diperintah untuk melucut hak AS$35.1 juta oleh hakim yang menolak dakwaannya bahawa Malaysia telah mengambil kesemua wangnya.

4. Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan

Tiga remaja dipercayai mangsa dera ditemukan orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat kira-kira jam 11.55 malam pada Jumaat.

5. Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang lepas.

6. Malaysia terbuka adakan perbincangan semula pembinaan KSCIP

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman yang sebelum ini dihentikan.

7. Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im

Rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

8. Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama

Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

9. Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha

Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.

10. Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, di sini malam ini.