ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 April 2023.
1. Tidak benar pakatan bersama UMNO hanya untuk jadikan Zahid TPM - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerjasama yang dibentuk Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) adalah bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
2. Dua ahli kongsi gelap warga Taiwan ditahan di KLIA
Dua individu dipercayai ahli kongsi gelap serta anggota sindiket penipuan selain terlibat dalam kes tembakan di Taiwan diserahkan kepada pihak berkuasa negara tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
3. PRN: PN Selangor tidak bincang KJ jadi calon
Perikatan Nasional (PN) Selangor tidak pernah berbincang menyenaraikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan selewat-lewatnya tahun ini.
4. Kemiskinan tegar di Kedah dinoktahkan tahun ini - PM Anwar
Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua pihak termasuk jentera kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berusaha merealisasikan hasrat berkenaan.
5. Melaka galak orang ramai pakai pelitup muka di tempat awam
Kerajaan negeri Melaka menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala COVID-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM).
6. Kanak-kanak empat tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tiri mangsa.
7. 11 kubur 'hilang' batu nisan
Kebanyakan batu nisan dicuri adalah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.
8. Projek PSI bermula selepas EMP diluluskan - KM Pulau Pinang
Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Pulau Pinang hanya akan dimulakan selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
9. UMNO mahu rampas kembali kerusi Parlimen Pasir Salak pada PRU16 - Zahid
UMNO berharap parti itu dapat merampas kembali kerusi Parlimen Pasir Salak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
10. Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi
UMNO Kelantan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di negeri itu.
Astro Awani
Sat Apr 29 2023
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 April 2023.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.