MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Mei 2023.
Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi hari ini.
Tindakan menjual semula tiket konsert Coldplay pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji arahan pentadbiran secara komprehensif berhubung isu penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan Muhyiddin mengaitkan DAP dalam isu itu adalah tidak adil.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tindakan boleh diambil bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
6. Rasuah projek solar: Keputusan rayuan Rosmah bagi semakan kehakiman ditetap 22 Jun
Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh itu bagi membolehkan mahkamah mempertimbangkan hujahan-hujahan yang dikemukakan kedua-dua pihak.Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai parti Pas.
Siti Bainun memohon penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia masih mengikut dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM10,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami