Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Mei 2023.
Seramai empat lelaki warga tempatan ditahan susulan insiden kekecohan dalam kalangan penyokong ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
2. Pengasuh taska mengaku bersalah cuai, sebabkan kecederaan dua bayi
Seorang pengasuh sebuah taska swasta mengaku bersalah atas dua pertuduhan bertindak cuai sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua orang bayi, Mac lalu.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Mei lalu, sebagai 'janggal'.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bermula esok.
Dia berasa terkejut memandangkan sebelum itu baharu sahaja dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya menawan Gunung Everest.
Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset utama negara demi masa depan.
Menteri KPDN menjelaskan, sudah tiba masanya industri perniagaan runcit dan pasar raya menggunakan alat timbang digital.
Kegembiraan sekumpulan empat rakan bermandi-manda di air terjun Lata Medang, di Kuala Kubu Bharu pada hujung minggu bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.
Polis mengesahkan menahan lima pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di sini bagi membantu siasatan kes buli yang berlaku pada Jumaat lalu.
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka dibawa turun dari kawasan pergunungan Everest menggunakan khidmat bantuan malim gunung.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

