MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.
Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
ND Lala hadir majlis pertunangan Shila - Ubai
2. Kemunculan Datuk ND Lala ketika majlis pertunangan anaknya, Shila Amzah pada Sabtu seakan-akan menepis dakwaan bahawa keluarga itu sedang bergolak.
Kerajaan Pahang telah meminta pihak penasihat undang-undang negeri untuk meneliti secara terperinci bidang kuasa yang ada dan bertepatan dengan undang-undang yang ada di mahkamah berikutan kes perebutan hak penjagaan anak Orang Asli yang berlaku di negeri tersebut.
Pempengaruh Ubai menyatakan rasa syukur apabila majlis pertunangannya bersama penyanyi, Shila Amzah berjalan dengan lancar pada Sabtu.
Keputusan dasar monetari mempengaruhi banyak aspek ekonomi negara, justeru, selalunya keputusan sedemikian akan diperhati dan dibahaskan dengan teliti.
Ibu kepada Muhammad Hawari, Che Tom Hassan berkata, dia dan menantunya, Saffiyah Tang Xie Lie tidak putus-putus berdoa agar Hawari berjaya ditemukan.
Menurutnya, parti itu seeloknya terus 'berkawan' dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).
Anwar berkata walaupun media sosial kini mengambil alih peranan akhbar fizikal, namun beliau masih berpandangan surat khabar mempunyai peranan yang lebih tinggi dan wajar berbanding media sosial.
Proses berkenaan adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform yang sesuai dilaksanakan untuk mereka yang menghadapi masalah dibantu secara informal dan bukan dalam konteks mahkamah.
Umat Islam di seluruh negara memanfaatkan peluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di lokasi masing-masing susulan fenomena Istiwa' A'dzam pada 5.18 petang Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami