ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.

1. Bekas pemimpin UMNO dipecat tak minat sertai PAU

Bekas pemimpin UMNO dipecat itu mengakui tidak akan menghadiri sebarang aktiviti parti selagi ia diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

2. Banjir kilat: 9 laluan bas tidak dapat dilalui - Rapid KL

Perhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence serta Pangsapuri Semarak.

3, Kuasa viral 'selamatkan' Pusat Jagaan Al-Fattah

Mohammad Azlan memaklumkan dia tidak mempunyai niat lain selain mahu membantu menjaga warga emas yang memerlukan tempat tinggal.

4. 3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan

Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala selatan, pagi Ahad.

5. Facebook rekod kes penipuan dalam talian paling tinggi - Nie Ching

Penipuan dalam talian membabitkan platform media sosial Facebook merekodkan sebanyak 744 kes, paling tertinggi yang dicatatkan sejak awal tahun ini sehingga 25 Mei lepas.

6. KPT pendekkan tempoh pengajian kepada 3 tahun

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memendekkan tempoh pengajian sesetengah program daripada empat tahun kepada tiga tahun.

7. Pas ajak UMNO bersatu bawah payung kesatuan

Dewan Muslimat Pas mengajak UMNO untuk bersatu di bawah payung kesatuan Islam dan Melayu dengan meletakkan asas kesatuan demi perpaduan ummah.

8. Pengaruh kaum Melayu Islam penting dalam pentadbiran - Abdul Hadi

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kestabilan negara itu bergantung kepada dasar pentadbiran yang dibawa dan bukannya dengan jumlah Ahli Parlimen sesebuah etnik adalah tidak tepat.

9. Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong

Yang di-Pertuan Agong bertitah, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

10. Chong Wei, Lin Dan, layak berada di Dewan Kemasyhuran - BWF

Kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada 26 Mei lalu berikutan sumbangan cemerlang terhadap sukan badminton.