ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Ogos 2023.

1.  Kontrak untuk anak, menantu Muhyiddin: Boleh tak kamu sebut 'tak buat apa-apa?' - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menunjukkan bukti beliau tidak menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Perdana Menteri.


2. Sultan Brunei adakan lawatan dua hari ke Malaysia

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai Rabu (2 Ogos) hingga Khamis (4 Ogos).


3. PRN: Pembangkang "koyak" dengan kejayaan Kerajaan Perpaduan – Fahmi

Pelbagai kejayaan yang dikecapi Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang cemburu atau "koyak".


4. Takdir Allah satukan BN dan PH - Ahmad Zahid

Takdir Allah yang mempertautkan hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sehingga membentuk Kerajaan Perpaduan.


5. KL Sentral bakal dibangunkan semula, kos cecah RM1 bilion - Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan jemaah menteri sudah memberikan kelulusan secara prinsip berhubung projek pembangunan semula stesen Sentral Kuala Lumpur atau KL Sentral.


6. JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


7. PM Anwar faham rungutan MIC, mohon ruang selesaikan isu kaum India

Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu yang melingkari kaum India, khususnya berkenaan miskin tegar dan pendidikan.


8. Polis Selangor sahkan tiada unsur kempen dalam ucapan Fahmi Fadzil

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu.


9. Zii Jia akhirnya berjaya pecah kebuntuan di Terbuka Australia

Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan di pusingan pertama yang "membelenggu" beliau selepas hampir dua bulan, dengan kejayaan melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia.


10. Jangan politikkan isu kalimah Allah - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak mempolitikkan isu kalimah Allah.