awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2023
15:50 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Ogos 2023.
1. PRN: Sanusi angkat sumpah MB Kedah ke-15
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 pagi ini.
2. PRN: Sanusi mohon maaf, memaafkan jika ada terguris hati sepanjang kempen
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Kedah dan negeri lain sekiranya ada yang terguris hati dengan kempen Perikatan Nasional (PN) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berlangsung.
3. Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan - Puad
Tindakan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO tidak akan menyelesaikan isu terutama sokongan orang Melayu kepada UMNO.
4. Bapa rogol, amang seksual dua anak dipenjara 702 tahun, 234 sebatan
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan di Mahkamah Sesyen Muar di sini pada Isnin, atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.
5. PDRM laksana siasatan menyeluruh kes anggota polis guna kekerasan
siasatan akan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal pasti sama ada insiden berkenaan melibatkan kesalahan jenayah atau hanya salah laku.
6. 'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menegaskan beliau tiada pengetahuan tentang sebarang transaksi antara suami beliau, Datuk Tawfiq Ayman dan 1MDB mahkamah diberitahu.
7. Aminuddin angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan
Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira jam 4.15 petang.
8. Najib mohon batal bicara kes 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan agar perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjalan selama 167 hari dibatalkan.
9. MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa buat 'gangguan' ditahan
Seorang penumpang yang didakwa menyebabkan gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur telah ditahan.
10. Presiden Filipina sifatkan hubungan dengan Anwar sebagai paling rapat
Ferdinand Marcos Jr menyifatkan hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai paling rapat.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan