ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.
1. Mahkamah tolak permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan satu anak syarikatnya, bagi menghalang beliau daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah US$681 juta (RM3.2 bilion).
2. Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan, dua tahun lalu.
3. Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengajak semua pihak melihat secara positif dan proaktif berhubung isu memetik tafsiran ayat al-Quran membabitkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How baru-baru ini.
4. Tiga pemuda didakwa tikam rakan 18 kali hingga maut
Tertuduh A A Dinesh, R C Veeraganeish dan V Sasikumar yang masing-masing berusia 25 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
5. Sukan Asia Hangzhou: Malaysia raih emas pertama menerusi atlet pelayaran, Nur Shazrin
Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi pelayar, Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara ILCA 6 wanita.
6. Ibu tunggal, rakan tomboi tukar pengakuan bersalah aniaya, abai anak
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya.
7. "Saya bukan nabi" - Perceraian kali ketiga uji kesabaran Engku Emran
Bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.
8. Rombakan Kabinet: Saya tengah fikir - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan perkara tersebut, di sebalik desas-desus bahawa akan berlaku rombakan dalam masa terdekat.
9. Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Muktamar Pas: Sanusi tolak pencalonan jawatan Naib Presiden Pas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan menolak pencalonan untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden Pas pada Muktamar Tahunan Pas yang dijadual berlangsung pada 20 Oktober depan.
Astro Awani
Wed Sep 27 2023

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Disember 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.